Samsung Menerajui Takhta Liga Pasaran Telefon Pintar Suku Pertama 2017 Mengalahkan Apple

Menurut satu laporan yang dihasilkan oleh TrenForce, Samsung merampas takhta dalam pasaran telefon pintar mengalahkan Apple di tempat ke-2. Samsung merekodkan 26.1% pegangan pasaran pada suku pertama 2017.

Apple berada di tempat ke-2 dengan 16.9%. Merujuk pada laporan di bawah, Apple berada di tempat teratas pada suku ke-4 2016 dengan 20.3% manakala Samsung 18.5%.

Samsung dilihat memintas Apple dengan jualan model siri J pada awal tahun ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 7.6%. Huawei dan Oppo masing-masing berada di tempat ke-3 dan ke-4. Manakala HTC, Sony langsung tidak kelihatan.

Untitled

TrendForce turut mengeluarkan satu lagi laporan tentang jualan telefon pintar di pasaran China. Huawei kekal sebagai pendahulu liga diekori dengan OPPO di tempat ke-2. Yang menariknya nama seperti ZTE turut dilihat bakal membuat kejutan pada tahun ini.

Xiaomi pula berada di tempat ke-4 dikalahkan dengan pakar selfie, OPPO. Dengan kehadiran Xiaomi Mi 6 baru-baru ini, sangat mengujakan kami untuk melihat tangga liga pada suku ke-2 tahun ini. Emm, dah masuk suku ke-2 dah. Cepatnya masa berlalu.

Untitled

Sumber