Samsung Mendedahkan 2 Kad Grafik Terbaru Nvidia Menerusi Galaxy Book Odyssey

Selain melancarkan barisan model terbaru Galaxy Book Pro Dan Galaxy Book Pro 360, Samsung juga turut memperkenalkan komputer riba khusus untuk pemain tegar permainan komputer.

Untuk itu, Samsung hadir dengan model komputer riba Galaxy Book Odyssey dengan paparan FHD 15.6 inci.

Galaxy Book Odyssey dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core  i5 atau i7 generasi ke-11, menyokong RAM berkapasiti sehingga 32GB serta storan  NVMe SSD bersaiz 1TB.

Tetapi, apa yang menjadikan Galaxy Book Odyssey ini menarik adalah apabila Samsung mendedahkan komputer riba mereka ini akan menggunakan siri kad grafik GeForce RTX yang belum didedahkan oleh pihak Nvidia sendiri.

Ketika memperkenalkan Galaxy Book Odyssey, Samsung memaklumkan bahawa kuasa grafik komputer riba ini akan dijana oleh pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti Max-Q atau NVIDIA GeForce RTX 3050 Max-Q.

Menerusi penawaran kad grafik berkuasa ini pastinya akan memberikan kepuasan visual dan prestasi grafik terbaik ketika bermain permainan komputer.

Berikut adalah infografik spesifikasi Galaxy Book Odyssey yang disediakan Samsung.

 



Samsung Galaxy Book Odyssey dijangka akan mula memasuki pasaran pada Ogos nanti dengan harga jualan bermula dari USD1399.00.

Berkaitan