Harapnya tiada lagi isu seperti Galaxy Fold.
Hari ini Samsung telah memperkenalkan model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Flip. Ia adalah model kedua selepas telefon pintar lipat pertama mereka, Galaxy Fold.
Samsung yang pernah berdepan dengan isu skrin Galaxy Fold pada awal tahun lalu sememangnya tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama ke atas peranti terbaru itu pada tahun ini.
Bagi meningkatkan keyakinan pengguna, Samsung secara khusus menyatakan bahawa Galaxy Z Flip mampu bertahan sehingga 200,000 kali ulang lipat.
Ini bermakna Samsung telah berjaya meningkatkan lagi ketahanan kerangka lipatan peranti tersebut berbanding Galaxy Fold yang hanya mampu bertahan sehingga 120,000 kali ulang lipat (berdasarkan ujian oleh Cnet tahun lalu).
Kehadiran Samsung Galaxy Z Flip pastinya akan memberikan saingan sengit terhadap satu lagi model telefon pintar boleh lipat keluaran Motorola iaitu Motorola Razr.
Bukan sahaja kerana harga yang ditawarkan Galaxy Z Flip adalah lebih murah berbanding Razr. Tetapi juga kerangka lipatan Galaxy Z Flip juga adalah jauh lebih tahan berbanding Motorola Razr yang hanya mampu bertahan sehingga 27,000 kali ulang lipat sahaja. Jika dakwaan itu benar.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- Penjelasan Mufti Selangor Tentang Isu Pembayaran Zakat Melalui Shopee
- Razer Memperbetulkan Kecacatan Sistem Yang Mendedahkan 100 Ribu Data Pembeli Atas Talian
- Foto Gergasi Ini Dirakam Dari Sensor Kamera Samsung 200MP
- Inisiatif Melaka e-Tunai Bazar Ramadan Dan Bazar Aidilfitri Diperluaskan
- ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan, Komputer Riba OLED Ternipis Di Dunia
- Razr Mengalami Kerosakan Teruk Hanya Selepas Sehari Dilancarkan
- SpaceX Mohon Lancar Hampir 30 Ribu Satelit Ke Orbit, Amazon Mahu Dinilai Sebaiknya
- Samsung Mendedahkan 2 Kad Grafik Terbaru Nvidia Menerusi Galaxy Book Odyssey
- Pecah Rekod, GeForce RTX 4090 Di 'Overclock' Sehingga Lepasi 4Ghz
- Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI