Samsung Menawarkan Gear VR Secara Percuma Untuk Pembeli Galaxy Note 7 Di India




Samsung akan memberi Gear VR kepada pembeli yang pre-booked Galaxy Note 7 di India dalam usaha untuk memenangi hati pengguna di atas penghantaran yang lambat gara gara kejadian letupan bateri baru baru ini. Pembeli Samsung Gear Note 7 juga akan diberi baucer dari Oculus yang bernilai $50.


Samsung terpaksa menanggung kerugian sebanyak $1 billion untuk menampung kos ganti rugi, penghantaran lewat dan banyak lagi. Galaxy Note 7 dikhabarkan akan mula dijual semula pada penghujung tahun ini. Diharapkan Samsung dapat menyelesaikan masalah bateri mereka supaya tiada letupan lagi di masa akan datang.