Samsung Menafikan Laporan Telah Menjual 1 Juta Unit Galaxy Fold

Baru-baru ini telah tular di media sosial dan beberapa laman teknologi bahawa Samsung telah menjual 1 juta unit Galaxy Fold.



Hari ini, Wakil dari Samsung Electronics telah menafikan laporan tersebut. Beliau telah menegaskan bahawa mungkin berlaku salah faham maklumat mengenai laporan tersebut.

Dalam sebuah acara yang berlangsung di Berlin baru-baru ini, Presiden Samsung Electronics Young Sohn telah menyatakan bahawa Galaxy Fold telah dijual sebanyak sejuta unit pada tahun ini.



Wakil dari Samsung menyatakan bahawa berkemungkinan Sohn telah salah faham mengenai jumlah berkenaan. Jumlah tersebut merujuk kepada sasaran pasaran Galaxy Fold kepada 1 juta pengguna dan bukannya jumlah yang telah dijual.

Menurutnya lagi, Samsung Galaxy Fold telah dijual sebanyak 500,000 unit pada tahun ini sejak September lalu.

Samsung Galaxy Fold merupakan telefon pintar boleh lipat pertama di dunia dan dijual pada harga RM 8,388.

Sumber : Gsmarena

Baca Lagi : Samsung Menyatakan Telah Menjual 1 Juta Unit Galaxy Fold

Berkaitan