Menurut Samsung, siri Galaxy A(2017) ini dibina dengan kamera yang dibaik-pulih berbanding siri Galaxy A(2016). Mereka juga mendakwa ketiga-tiga telefon ini mempunyai penambah-baikkan terhadap keupayaan 'low-light'.
Ketiga-tiga model Galaxy A(2017) ini akan menggunakan Android 6.0.1 marsmallow bersama dengan sokongan dwi-kad sim dan paparan AMOLED. Sensor lain seperti sensor accelerometer, ambient light, barometer, magnetometer, dan sensor proximity.
Antara perbezaan lain adalah model pada tahun ini hadir dengan sokongan storan sehingga 256GB, pengimbas cap jari di butang 'Home' dan juga sokongan 'Fast-Charging'. Selain daripada itu, model siri galaxy A (2017) juga bakal didatangkan dengan fungsi tambahan Samsung Pay, Samsung Cloud dan fungsi keselamatan seperti 'Secure Folder'.
Ketiga-tiga model baru ini juga kalis air dan debu dengan IP68. Ketiga-tiga model ini akan hadir dengan pilihan warna Black Sky, Gold Sand, Blue Mist, dan Peach Cloud.
Samsung Galaxy A7 (2017)
Samsung Galaxy A7 (2017) dibina dengan paparan skrin 5.7 inci HD penuh (1080x1920 pixels) Super AMOLED dan dikuasai dengan SoC 1.9GHz Octa-Core digandingkan bersama RAM bersaiz 3GB. Ianya mempunyai 16-Megapixel kamera belakang bersama flash LED dan aperture f/1.9. Kamera depan juga mempunyai sensor 16-Megapixel dan aperture f/1.9.
Galaxy A7 (2017) dimuatkan dengan storan dalaman sebanyak 32GB yang boleh dibesarkan dengan menggunakan kad microSD (sehingga 256GB). ianya mempunyai ukuran badan 156.8x77.6x7.9 mm dan mempunyai saiz bateri sebesar 3600 mAh
Samsung Galaxy A5 (2017)
Samsung Galaxy A5 (2017) mempunyai skrin 5.2 inci bersama papran HD penuh (1080x1920 pixels) Super AMOLED. Ianya juga menggunakan SoC 1.9GHz Octa-Core dan RAM juga bersaiz 3GB. Dari segi kamera pula ianya adalah sama seperti Galaxy A7(2017) dengan 16-Megapixel kamera depan dan belakang,
Berlainan dengan Galaxy A7(2017), Galaxy A5(2017) mempunyai ukuran sedikit kecil dengan 146.1x71.4x7.9 mm dan bateri hanya bersaiz 300 mAh
Samsung Galaxy A3 (2017)
Adik beradik yang ketiga dalam keluarga Galaxy A ini adalah pilihan berspesifikasi rendah berbanding dengan kedua-dua abang kembarnya, dengan paparan skrin berukuran 4.7 inci dan RAM hanya sebesar 2GB. Dari segi kamera pula, Galaxy A3(2017) hanya dibina dengan sensor bersaiz 13-Megapixel untuk kamera belakang manakala hanay 8-Megapixel untuk kamera hadapan.
Ianya mempunyai ukuran bersaiz 135.4x66.2x7.9 mm bersama kapasiti bateri sebanyak 2350 mAh.
Galaxy A 2017 ini akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya dalam masa tiga hari lagi, iaitu pada 5 Januari 2017. Berkenaan denga pelancaran peranti mid-range Samsung ini, DJ Koh iaitu Presiden Komunikasi berkata Samsung sentiasa mahu memastikan pengguna merasai teknologi yang paling 'advance' di pasaran.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Apple Tampil Dengan Kemaskini iOS 10.2 Awal Pagi Ini
- Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera
- 5 Telefon Bukan Flagship Yang Mempunyai Bateri Tahan Lama
- Apple Airtag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain
- Apple Mahu Hasilkan Semula iPhone X, Turunkan Pengeluaran iPhone XS & XS Max
- Huawei Malaysia Umum Harga Rasmi Bagi Siri Mate 20 & Jam Pintar
- Sebanyak 1500 Akaun Palsu Di Media Sosial Akan Diambil Tindakan- MCMC
- WhatsApp Akan Menghentikan Servis Kepada Beberapa Model Telefon Lama
- Instagram Kini Membenarkan Pengguna Memuat Turun Live Video Mereka ke Dalam Peranti
- Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda