Samsung Memperkenal Galaxy Note 10+ Edisi Khas Dengan Tema Star Wars

Sempena meraikan ketibaan filem Star Wars: The Rise of Skywalker pada 20 Disember nanti, Samsung telah mengumumkan edisi khas Galaxy Note 10+ yang bertemakan filem tersebut. Bukan sahaja fizikal peranti yang diubahsuai mengikut tema, malah kandungan digital seperti latar belakang, ikon aplikasi, bunyi dan animasi peranti juga turut diubah.



Sebagai pakej keseluruhan, pengguna akan mendapat kemasan hitam merah untuk peranti tersebut dan juga stylus S Pen berwarna merah. Pembelian tersebut juga didatangkan dengan fon telinga Galaxy Buds, kerangka peranti, dan lencana Star Wars yang bertema sama.



Edisi khas Galaxy Note 10+ dengan tema Star Wars tersebut akan dijual dalam unit terhad pada $1,299.99 (sekitar RM5,406) untuk pasaran negara terpilih iaitu Australia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Korea, Norway, Rusia, Sepanyol, Sweeden, Turki, UAE, United Kingdom dan Amerika Syarikat.