Samsung Membayangkan Harga Telefon Boleh Lipat Mereka Tidak Mesra-Poket

Samsung telah bercerita mengenai telefon boleh lipat mereka sejak beberapa tahun yang lalu namun masih belum dilancarkan sehingga kini.

Akan tetapi, pernantian tersebut dijangka akan berakhir dalam masa lebih kurang sebulan sahaja lagi.

Samsung telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy F(nama tidak rasmi) akan diperkenalkan bersama Galaxy S10 dalam satu majlis yang sama 20 Februari ini.

Keterujaan pengguna terutamanya peminat Samsung mungkin sedikit terencat apabila salah seorang pegawai mereka telah memberi gambaran bahawa peranti tersebut bukanlah murah.

Kapsyen: Imej Konsep (LetsGoDigital)


Menurut laporan Phone Arena, pegawai berkenaan mengatakan bahawa telefon boleh lipat itu bakal dipasarkan pada harga dua kali lebih mahal daripada peranti premium yang lain.

Mengambil kira harga peranti premium terkini Samsung, Galaxy Note 9 dan Galaxy S9, model Galaxy F ini mungkin mempunyai harga setinggi RM6,000-RM8,000.

Samsung dikatakan percaya dengan tawaran teknologi canggih yang ada pada peranti tersebut akan mampu menarik minat pengguna walaupun dijual pada harga yang tinggi.

Setinggi mana teknologi yang bakal ditawarkan nanti? Sama-sama kita nanti "Samsung Unpacked Event" yang akan diadakan bulan hadapan.

 

Sumber: Phone Arena

Sumber Gambar: Ilse Jurrien, LetsGoDigital