Samsung Masih Kekal No 1 Walaupun Dengan Saingan Sengit Daripada Apple

Mengikut laporan daripada Gartner.com, penjualan telefon pintar secara global mencecah 432 juta unit pada suku ke-4 tahun 2016 dengan kenaikan 7% berbanding tahun 2015. Suku ke-4 2016 menyaksikan Apple melonjak naik menggantikan Samsung sebagai vendor di tempat pertama dengan pelancaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus September yang lepas.

Secara keseluruhannya tahun 2016 mencatatkan jualan hampir 1.5 bilion unit, peningkatan sebanyak 5% berbanding 2015.

Untitled

Walaupun jualan Samsung sedikit terjejas dengan insiden Note 7 yang menyebabkan penurunan 8% pada suku ke-4 2016 berbanding tahun sebelumnya, Samsung masih lagi memegang takhta liga dengan jualan beberapa telefon kelas pertengahan dan flagship taruhan mereka S7 dan S7 Edge pada tahun 2016.

Untitled 3

Dalam pasaran sistem operasi pula, Android mendahului dengan 82% pasaran saham pada suku ke-4 2016. Pada 2016, Android juga menyaksikan peningkatan pasaran saham sebanyak 3.2% yang menjadikan secara keseluruhan sebanyak 84.8%. Dengan pelancaran telefon Pixel dari Google dan kemasukan semula HMD (Nokia) dalam kategori telefon pintar kelas pertengahan bakal memberi impak yang besar kepada platform Android OS pada tahun ini.

Untitled 2

Sumber Sumber 2