Samsung Malaysia Terbangkan Galaxy S10 Ke Ruang Angkasa

Samsung Malaysia pada Jumaat yang lalu telah merasmikan ahli baru dalam keluarga Galaxy S, S10, S10+ dan S10e untuk pasaran Malaysia yang akan mula dijual secara rasmi pada 8 Mac ini.

Bagi meraikan kedatangan flagship terbaru ini juga bersempena dengan meraikan ulangtahun ke-10 siri Galaxy S, sesuatu yang menarik telah dilakukan.

Bukan sekadar pelancaran untuk pasaran tempatan, Samsung Malaysia turut menjadi yang pertama di Malaysia dengan melancarkan telefon pintar Galaxy S10 ke ruang angkasa.

Ia bertujuan bagi memperlihatkan keupayaan kamera Galaxy S10 yang merakam keadaan sekeliling pada ketinggian 80,000 kaki.

https://www.youtube.com/watch?v=MjMTD0EWhqE

Siri Galaxy S ini masing-masing dijual pada harga seperti berikut;

  • Galaxy S10e - RM2699

  • Galaxy S10 -RM 3299

  • Galaxy S10+ - RM3699