Samsung Mahu Bawa Lebih Banyak Kamera Pada Peranti Telefon Pintar

Baru sahaja kami melaporkan mengenai spesifikasi tiga kamera utama bagi model Samsung Galaxy S10+ dalam satu kiriman semalam. Hari ini, muncul cakap-cakap mengenai peranti Samsung Galaxy A9 dengan empat kamera utama pula. Ya, empat kamera utama.

Sekiranya benar, ini bermakna ia akan menjadi peranti pertama(jika bukan Nokia 9 PureView) yang hadir dengan empat kamera utama. Menurut laporan AllAboutSamsung, peranti ini akan dilengkapi dengan gabungan lensa 24MP, 10MP, 8MP dan 5MP.

Imej konsep (Kredit : AllAboutSamsung)


Selain itu, peranti ini juga dijangka menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 660, skrin SuperAMOLED 6.28-inci serta memori sehingga 6GB RAM. Dari segi bateri pula, ia akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,720mAh.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan "4X Fun" oleh Samsung dalam jemputan media ke majlis Unpacked yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 Oktober nanti? Kita tunggu jawapannya nanti.

 

Sumber