Samsung Lancarkan Galaxy C9 Pro Di Pasaran China





Samsung telah melancarkan telefon pintar Galaxy C9 Pro untuk pasaran China hari ini. Dibina dengan RAM sebesar 6GB, telefon pintar dari Samsung ini akan dijual dengan harga CNY 3,199 (RM 1980).



Dari segi spesifikasi pula, Samsung Galaxy C9 Pro ini akan memiliki dwi-sim dan akan dijalankan menggunakan Android 6.0 Marsmallow. Ianya dibina dengan pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon 653 SoC dengan 4 teras pada kadar 1.95GHz dan selebihnya pada 1.4GHz. Ini adalah kali pertama Samsung mengeluarkan peranti yang mempunyai RAM sebesar 6GB.



Galaxy C9 Pro mempunyai paparan 6 inci AMOLED HD penuh (1080x1920). Untuk kamera pula, peranti ini memiliki 16 Mega-pixel untuk kamera belakang dan depan. Kamera belakang peranti ini di lengkapi dengan aperture f/1.9 dan dwi- LED flash. Kamera selfie juga mempunyai keupayaan yang sama.



Galaxy C9 Pro mempunyai sensor cap jari pada butang home. Telefon ini dibina dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan 'fast charging'. ianya mempunyai ukuran 162.9x80.7x6.9mm dan berat sebanyak 189gm.





Sumber: Gadget 360

Berkaitan