Samsung Lancar TV QLED 8K Dengan Bezel Yang Sangat Nipis

Bersempena acara CES 2020 yang sedang berlangsung, Samsung hari ini melancarkan sebuah TV QLED 8K. Rekaan TV ini amat menggagumkan kerana ia mempunyai bezel senipis 2.3mm sahaja.

Dengan bezel senipis itu, model TV tersebut, Q950TS mampu mencapai sehingga 99% nisbah skrin-ke-badan. Rekaan keseluruhan juga sangat nipis dengan ketebalan 15mm.

samsung-q950ts-8k-qled-tv_ces-2020_2

Bukan sekadar resolusi 8K dan juga bezel nipis, terdapat juga penambahbaikan lain. Antaranya ialah teknologi Full Array Local Dimming (FALD) yang mempunyai pengagihan kuasa baharu. Ia meningkatkan tahap kecerahan maksimum lebih dari 20%.

Selain itu, TV tersebut dikuasakan dengan pemprosesan quantum 8K dengan janaan AI. Tambahan lagi, TV itu juga mempunyai lapisan anti-kilau dan juga darjah melihat paparan sangat bagus yang terdapat pada model TV flagship Samsung tahun 2019.

TV ini melarikan perisian Tizen dan juga mempunyai fungsi Object Tracking Sound+. Dengan teknologi ini, ia menggunakan AI untuk menyeragamkan pergerakan audio kepada pergerakan objek pada skrin melalui saluran audio 5.1.

Samsung tidak mengumumkan harga untuk TV ini. Namun, melihat kepada spesifikasi dan juga teknologi yang dimuatkan, ia semestinya tidak murah!

Sumber: SamsungĀ