Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Lancar TV QLED 8K Dengan Bezel Yang Sangat Nipis

Samsung Lancar TV QLED 8K Dengan Bezel Yang Sangat Nipis

Diterbitkan Januari 6, 2020 · Dikemas kini Januari 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Bersempena acara CES 2020 yang sedang berlangsung, Samsung hari ini melancarkan sebuah TV QLED 8K. Rekaan TV ini amat menggagumkan kerana ia mempunyai bezel senipis 2.3mm sahaja.

Dengan bezel senipis itu, model TV tersebut, Q950TS mampu mencapai sehingga 99% nisbah skrin-ke-badan. Rekaan keseluruhan juga sangat nipis dengan ketebalan 15mm.

samsung-q950ts-8k-qled-tv_ces-2020_2

Bukan sekadar resolusi 8K dan juga bezel nipis, terdapat juga penambahbaikan lain. Antaranya ialah teknologi Full Array Local Dimming (FALD) yang mempunyai pengagihan kuasa baharu. Ia meningkatkan tahap kecerahan maksimum lebih dari 20%.

Selain itu, TV tersebut dikuasakan dengan pemprosesan quantum 8K dengan janaan AI. Tambahan lagi, TV itu juga mempunyai lapisan anti-kilau dan juga darjah melihat paparan sangat bagus yang terdapat pada model TV flagship Samsung tahun 2019.

TV ini melarikan perisian Tizen dan juga mempunyai fungsi Object Tracking Sound+. Dengan teknologi ini, ia menggunakan AI untuk menyeragamkan pergerakan audio kepada pergerakan objek pada skrin melalui saluran audio 5.1.Samsung Lancar TV QLED 8K Dengan Bezel Yang Sangat Nipis

Samsung tidak mengumumkan harga untuk TV ini. Namun, melihat kepada spesifikasi dan juga teknologi yang dimuatkan, ia semestinya tidak murah!

Sumber: Samsung 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY