Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020

Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020

Diterbitkan Januari 9, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Pelbagai jenama mengeluarkan produk-produk mereka di CES 2020. Samsung juga tidak ketinggalan dimana mereka telah melancarkan  generasi terbaru bagi produk seperti TV MicroLED, TV QLED 8K serta banyak lagi.

Dimulakan dengan TV MicroLED yang terbaru, ia mempunyai reka bentuk modular dengan saiz 75 inci sehingga 292 inci. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan upscaling yang dipasangkan bersama dengan pembelajaran mendalam. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira resolusi sumber rakaman.

Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020

Selain itu, Samsung juga melancarkan QLED 8K TV (Q950TS) yang dilengkapi dengan 8K Processor Quantum AI serta ciri yang dinamakan Picture Adaptive. Picture Adaptive dapat membantu kandungan supaya kelihatan menarik pada paparan.

Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020Seterusnya adalah TV “The Sero” yang memenuhi kepada kehendak pengguna milenium dan Generasi Z. Kedudukan paparan ini boleh diubah mengikut kandungan yang dirasakan bersesuaian mengikut pengguna. Sama ada menegak mahupun melintang. Sekiranya menegak, kandungan dalam telefon pintar boleh disiarkan melalui sambungan NFC.

the sero

The Sero sedia diperkenalkan di Korea Selatan terlebih dahulu sekitar Mei tahun lalu. Pada 2020, Samsung akan membawa penawaran ini kepada lebih banyak pasaran lagi.

Sebuah lagi produk yang turut membuat kemunculan pada acara CES 2020 adalah monitor permainan dikenali sebagai Odyssey. Ditawarkan dalam dua model G9 (49 inci) dan G7 (32 dan 27 inci), ia merupakan paparan QLED melengkung untuk lebih pengalaman sewaktu sesi gaming.

Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020
Odyssey
Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020
G7
Samsung Lancar TV MicroLED, QLED 8K, Dan Monitor Odyssey Di CES 2020
G9
Samsung-Odyssey-Reveal_Lifestyle_3 (1)
G9

Odyssey didatangkan dengan sokongan NVIDIA G-SYNC® Compatibility dan juga Adaptive Sync pada DP1.4.Kedua-duanya mempunyai kadar penyegaran 240Hz serta menawarkan kandungan paparan yang lebih terang serta cukup perinciannya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY