Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SAMSUNG MEMORY

Samsung Lancar Memori GDDR6 DRAM Sepantas 24Gbps

Diterbitkan Julai 15, 2022 oleh Firdaus

Samsung bakal menjadi syarikat pertama yang akan melopor teknologi memori GDDR6 (Graphics Double Data Rate 6) dengan kelajuan pantas yang mencapai 24Gbps (Gigabits Per Second).

Samsung Lancar Memori GDDR6 DRAM Sepantas 24Gbps

Teknologi

Memori dibina dalam proses kelas 10 nanometer (1z) 1 generasi ketiga daripada Samsung dengan menggunakan teknologi ultra ungu ekstrem (EUV).

Memori yang baharu ini direka khas untuk mengendalikan keperluan grafik untuk teknologi generasi seterusnya seperti konsol, kad grafik, komputer riba dan juga sistem pengkomputeran yang berprestasi tinggi.

Idea Disebalik Teknologi Ini

Mengikut kata Daniel Lee, Naib Presiden Eksekutif Pasukan Perancangan Produk Memori di Samsung Electronics:

Kemunculan teknologi maklumat yang berasaskan AI dan metaverse membawa kepada keperluan tinggi terhadap teknologi dengan kemampuan grafik yang lagi maju untuk memproses sejumlah data yang banyak, pada masa yang serentak dan dengan kelajuan yang lebih pantas.

Perbandingan Prestasi Kelajuan Dengan Sebelumnya

Dengan kejuruteraan rekaan litar yang lebih inovatif dan bahan penebat yang lebih maju (High-K Metal Gate: HKMG), memori Samsung GDDR6 24Gbps ini menyokong kelaju 30% lebih pantas berbanding pendahulunya 18 Gbps.

Samsung Lancar Memori GDDR6 DRAM Sepantas 24Gbps
Samsung Lancar Memori GDDR6 DRAM Sepantas 24Gbps

Untuk memudahkan anda menggambarkan kepantasan akan teknologi memori Samsung ini, memori DRAM GDDR6 ini mampu menghantar hingga 1.1 terabytes (TB) data atau dalam erti kata lain 275 filem FHD hanya dalam 1 saat sahaja.

Sungguh pantas, laju dan berdesup perginya data yang akan dihantar oleh memori Samsung ini. Setakat fail permainan video GTA 5 itu, sekelip mata mampu dihantar olehnya.

Sumber: Semiconductor Samsung 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY