PETALING JAYA, 27 Sept (Bernama) -- Samsung Malaysia Electronics (Samsung) hari ini melancarkan dua produk audio 'soundbar' premium baharu, model HW-N950 dan HW-N850, yang dicipta dengan kerjasama Harman Kardon, sebuah jenama audio yang terkenal.
Tersedia di pasaran sejak awal September tahun ini, produk soundbar tersebut menampilkan logo Samsung dan Harman Kardon, mewakili kerjasama yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini.
Kedua-dua model produk soundbar itu dilengkapi teknologi Dolby Atmos dan DTS:X yang boleh membuatkan pengguna akan merasa seperti di teater.
Samsung dalam kenyataannya berkata kedua-dua syarikat mula bekerjasama berikutan pengambilalihan Harman International pada Mac 2017.
Kerjasama menyasarkan segmen produk mudah alih dan penyelesaian profesional untuk pawagam. Soundbar model HW-N950 dan HW-N850 merupakan hasil pertama kerjasama tersebut dalam menembusi kategori premium.
Harga runcit untuk HW-N950 adalah RM6,499 manakala HW-N850 berharga RM4,999.
Turut dipratonton di sesi media hari ini adalah televisyen (TV) QLED Samsung terbaharu yang dilancarkannya pada 31 Mei tahun ini.
"Ciri utama TV QLED ialah QPicture, QStyle, QSmart dan QLifespan dan ia turut menawarkan ciri penjimatan tenaga skrin Magic yang menarik dan berbeza.
"Apabila TV ini tidak digunakan, anda boleh menggunakan mod skrin Magic untuk meniru corak di dinding belakang supaya ia kelihatan seolah-olah bergabung dengan dinding terbabit serta boleh juga digunakan untuk memaparkan foto," kata Ketua Bahagian Audio Visual Samsung, Vincent Lee.
Harga TV QLED bermula dari RM8,489 hingga RM34,904 untuk saiz 55 inci hingga 75 inci.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Realme 3 Sudah Rasmi Untuk Pembeli Malaysia, Akan Dijual Dengan Harga Bermula RM 599
- Sony Malaysia Kemaskini Harga Model Xperia XZs Dan XZ, Pengurangan Harga Sehingga RM 500 Dan RM200
- Samsung Keluarkan Video Memperlihatkan Antaramuka One UI
- Perhatian Pengguna Black Shark, Ada Dua Aksesori Gaming Baru Sudah Mula Dijual Di Malaysia
- Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah
- Sony Xperia 10 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1799
- Apple Dan Samsung Didenda Kerana Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama
- Honor View 10 Telefon Berteknologi AI, Kini Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia
- Sharp Lancar Z2 Dan M1 Untuk Pasaran Malaysia
- HP Malaysia Perkenal 3 Model Komputer Riba, Harga Dari RM3799