Samsung Kini Hadir Dengan Kad Debit Fizikal Samsung Money

Pada tahun lepas, Apple telah mengumumkan Apple Card, yang merupakan sebuah kad kredit fizikal dengan kerjasama Goldman Sachs di AS. Hari ini, giliran Samsung pula mengumumkan kad mereka tersendiri dinamakan Samsung Money.

Samsung Money ini adalah merupakan sebuah kad debit Mastercard yang diperakui oleh The Bancorp Bank di AS. Sepertimana Apple Card yang terikat dengan Apple Pay, Samsung Money juga terikat dengan Samsung Pay.

Samsung Money

Menurut Samsung, tiada bayaran akan dikenakan untuk membuka akaun Samsung Money ini. Untuk memiliki kad ini, pengguna hanya perlu memohonnya melalui aplikasi Samsung Pay sahaja. Namun pengguna masih boleh terus menggunakan kad digital sehinggalah kad versi fizikal itu tiba ke mereka.

Samsung Money by SoFi

Melalui aplikasi Samsung Pay juga, pengguna boleh menyemak baki, transaksi, pembelian dan juga menyekat kad jika berlaku aktiviti mencurigakan.

Kelebihan kad Samsung Money ini adalah mata ganjaran untuk setiap pembelian yang boleh digunakan untuk menebus produk Samsung yang lain.  Tambahan lagi, kad ini diinsurans sehingga $1.5 juta yang jauh lebih tinggi dari kebanyakan kad debit biasa. Selain itu, sebarang transaksi ATM juga tidak akan dikenakan caj.

Buat masa ini, kad debit Samsung Money hanya ditawarkan di AS sahaja.

Sumber: Samsung