Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Kerjasama Dengan Starbucks Korea, Lancar Aksesori Galaxy

Samsung Kerjasama Dengan Starbucks Korea, Lancar Aksesori Galaxy

Diterbitkan Jun 28, 2022 · Dikemas kini Jun 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Bermula hari ini, Samsung dan Starbucks Korea melancarkan kerjasama mereka dengan mengeluarkan sarung (case) untuk peranti Galaxy, termasuk sarung untuk Galaxy Buds 2.

Sarung yang dikeluarkan khas untuk peranti Galaxy S22, S22+, S22 Ultra, dan Galaxy Buds 2.

Barisan sarung yang menarik dipadankan dengan penjenamaan Starbucks dan juga apron yang dipakai barista syarikat tersebut.

Galaxy S22 dan S22+ juga menerima sarung yang mempunyai slogan khas, “Count Stars in Your Galaxy.”

samsung starbucks
Samsung Kerjasama Dengan Starbucks Korea, Lancar Aksesori Galaxy
samsung starbucks
Samsung Kerjasama Dengan Starbucks Korea, Lancar Aksesori Galaxy

Sarung untuk Galaxy S22 Ultra pula mempunyai tali di bahagian belakang yang kelihatan seperti resit Starbucks.

Samsung juga menyatakan semua aksesori ini dibuat menggunakan bahan mesra alam.

Menariknya, dua jenis rekaan sarung ditawarkan untuk Galaxy Buds; warna hijau dan juga yang kelihatan seperti cawan kopi, lengkap dengan seni latte apabila sarung ditutup.

Untitled design
samsung starbucks

Malangnya, kerjasama antara Samsung dan Starbucks ini hanya dilancarkan buat pasaran Korea Selatan dan bukan Malaysia.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Uji Sistem Pintar Pantau Keselamatan Warga Emas Tanpa Kamera
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY