Berdasarkan ujian yang dilakukan DxOMark, model ini berjaya menghuni tangga teratas platform penanda aras itu dituruti dua model terdahulu, Mate 20 Pro dan P20 Pro.
Peranti dari Samsung yakni Galaxy S10+ pula diletakkan pada tangga keempat dengan pungutan markah yang sama seperti dua model lama Huawei itu.
Selepas hari pelancaran P30 Pro, Samsung dikhabarkan ada memuat naik poster pada Weibo yang memperlihatkan markah DxOMark Galaxy S10+ yang dibandingkan dengan P30 Pro.
Ia merupakan gabungan markah kamera belakang dan kamera swafoto. Apabila ditambah kedua-duanya, sudah pasti markah Galaxy S10+ lebih tinggi berbanding P30 Pro oleh kerana prestasi kamera swafoto model Huawei itu lebih rendah.
Mengutip laporan dari GizChina, ia mungkin jawapan balas kepada CEO Huawei yang dikatakan mengungkap "Telefon pintar Samsung Galaxy tidak boleh merakam galaksi".
Sumber: GizChina
Berkaitan
- AMD Lancar Pemproses Ryzen Untuk Laptop
- Larangan Eksport Jepun Keatas Korea Mungkin Jejaskan Pembuatan Galaxy Note 10
- Huawei Nova 6 5G Mungkin Membawakan Spesifikasi Berikut
- Promosi Tahun Baru Cina Dari Sony Mobile Malaysia
- Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro
- Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799
- Huawei Dan Astro Kerjasama Tawar Pakej Video Merdeka Bundle
- OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad Bakal Diperkenalkan Untuk Peminat Tempatan
- realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Huawei P10 Plus Berwarna Ros Emas Bakal Tiba Untuk Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi