Samsung Keluarkan Model Galaxy S8?



Belum pun reda berita tentang peranti Samsung Note 7 meletup, sudah ada ura-ura mengatakan yang syarikat tersebut mahu mengeluarkan model perdana baru, Galaxy S8. Spekulasi ini timbul selepas Samsung kerugian jutaan dolar akibat kegagalan bateri Note 7 berfungsi dengan baik. Dengan pengeluaran model baru ini, syarikat pengeluar telefon dari Korea Selatan itu dijangka dapat mengimbangi kerugian yang dialami.



Penganalisis dari KB Investment &Securities membuat andaian yang mana Samsung bakal mengeluarkan Galaxy S8 lebih awal dari tarikh yang di rancangkan untuk memberi ransangan kepada pendapatan serta mengurangkan kerisauan pelabur. Model yang belum diketahui tarikh pengeluarannya itu mungkin dijual pada harga ~RM3300. Ya sudah semestinya lebih mahal sedikit dari Note 7.







Terdapat laporan berpendapat kesemua model Galaxy S yang akan keluar selepas ini akan berbentuk melengkung di tepi. Ok, anda boleh lihat gambar di bawah dan terdapat pembaharuan yang akan tampil pada S8. Logo "Samsung" diletakkan di bahagian bawah manakala butang Home dan pengimbas cap jari sudah tidak kelihatan. Ini menjadikan skrin paparan S8 tampak lebih besar dari model yang terdahulu. Sekarang kita lihat pula di bahagian belakang telefon pintar ini. Samsung mungkin menukar dari Gorilla Glass kepada besi anti calar. Apa yang menarik ialah, model baru ini dikhabarkan mempunyai projektor. Tetapi ia tidak praktikal bagi sebuah telefon pintar untuk mempunyai fungsi projektor kerana penggunaan bateri boleh meningkat.







Selain fungsi projektor, Samsung S8 dijangka dilengkapi dengan laser yang akan mengukur degupan jantung melalui kulit. Berdasarkan foto di bawah peranti akan menerima denyutan dari saluran arteri dan membuat kiraan nadi anda. Akhir sekali telefon pintar S8 ini dikatakan tampil hadir dengan sensor CMOS 1/1.7 inci aperture dengan resolusi diantara 18 MP hingga 24 MP.





Sumber: Androidpit

Berkaitan