Samsung Juga Memperkenalkan Power Bank 5100mAh Sempena Pelancaran S8

Telefon Galaxy S8 bakal tiba dalam masa terdekat ini. Baru-baru ini Samsung juga memperkenalkan 'power bank' sempena pelancaran flagship mereka yang dikhabarkan berlangsung pada 29 March ini.

Screenshot_20170321-152806-e1490126464399-475x540

Power bank ini memiliki kapasiti kuasa 5100mAh dan hadir dengan dua pilihan warna iaitu kelabu putih dan biru muda. Ianya juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W bersama sambungan USB Type-C. Nombor model peranti ini adalah EB-PG950, iras-iras nombor model S8 iaitu SM-G950. Power bank dari Samsung ini didakwa lebih efisyen digunakan bersama Samsung S8. You don't say....

Mengikut ura-ura ketika ini, S8 berkemungkinan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3250mAh dan 3500mAh untuk model S8 Plus. Namun terdapat juga laporan mengatakan model S8 bakal berada pada saiz yang sama dengan model sebelum ini S7 iaitu pada 3000mAh. Jika ianya betul, maka ini adalah berita yang agak mengecewakan.

IMG_20170321_152744-303x540IMG_20170321_154141-303x540

 

Sumber