Samsung Jadi Jenama TV Nombor 1 Di Dunia Buat Kali Ke-15

Omdia, sebuah firma penyelidikan pemasaran hari ini melaporkan bahawa Samsung menjadi jenama televisyen (TV) nombor satu di dunia buat kali ke-15 berturut-turut.

Pendapatan Samsung pada suku keempat tahun lalu merekodkan peningkatan sebanyak 31.8% secara global.



Dalam pasaran ini, Samsung sangat komited dalam memberikan pengalaman menonton TV yang baik buat penggunanya menerusi paparan QLED serta saiz TV berukuran 75 inci.



Tambahan lagi, semalam juga mereka baru sahaja mengumumkan paparan baharu untuk TV melalui pengenalan paparan Neo QLED dan micro LED yang secara tidak langsung mengukuhkan lagi jenama TV Samsung.

Sumber: Siaran Akhbar Samsung