Samsung ISOCELL Dual - Mampu Selesaikan Masalah Dwi Kamera Peranti Bajet

Tetapan dwi kamera pada telefon pintar bukan lagi eksklusif untuk kelas atasan sahaja. Kita boleh lihat sudah banyak model-model kelas pertengahan hadir dengan fungsi berkenaan.

Walaubagaimanapun, dwi kamera peranti bajet tidak gah seperti flagship ketika mengambil gambar dengan kesan bokeh dan dalam keadaan kurang cahaya.

Samsung Electronics kini hadir menyelesaikan masalah tersebut menerusi sensor imej ISOCELL Dual, yang mana ia bakal memfokuskan kesan bokeh dan juga low-light bagi peranti bajet.



Melaluinya, syarikat pengeluar telefon pintar boleh memilih sama ada mahu menggunakan tetapan 13MP + 5MP untuk kesan bokeh atau 8MP + 8MP untuk rakaman waktu pencahayaan rendah dan ia terkandung dengan algoritma pemprosesan imej yang diperlukan.

Dengan adanya ISOCELL Dual dari Samsung ini, kita boleh menjangkakan peningkatan prestasi dwi kamera bagi telefon pintar kelas pertengahan walaupun tidak setanding peranti flagship, tetapi sekurang-kurangya lebih baik dari sedia ada.

Sumber: Samsung