Samsung Hentikan Kemaskini Oreo Galaxy S8 Dan S8+

Dua hari sudah, pemilik Galaxy S8 dan S8+ dalam negara menerima kemaskini naiktaraf kepada sistem operasi Android Oreo 8.0.

Nampaknya penawaran itu tidak berpanjangan kerana Samsung dilapor telah menghentikan kemaskini tersebut.

Perkara ini disedari awal oleh laman Sam Mobile dan apabila diteliti, fail firmware G950/G955-FXXU1CRAP Android 8.0 turut dipadam dari pelayan Samsung.

Difahamkan lagi, pihak Samsung sedang giat membangunkan kemaskini versi baru dan dijangka akan mula dilepaskan tidak lama lagi.

Masih belum jelas tentang tindakan syarikat pengeluar Korea Selatan itu dan pemilik peranti diminta bersabar sehingga Samsung mengeluarkan kenyataan rasmi.