Samsung Hadir Dengan Skrin Pawagam LED 4K

Ambik ko, tak puas dengan TV, Samsung harini memperkenalkan skrin LED yang direka khas untuk pawagam dengan resolusi 4096 x 2160 (4K). Skrin yang berukuran 34 kaki ini mampu menghasilkan paparan yang tinggi dynamic range. Maksudnya imej sebesar gergasi yang dipaparkan adalah sangat jelas, jerawat pun boleh nampak. Ketika ini, kebanyakkan pawagam menggunakan projektor yang juga mampu menghasilkan kualiti video 4K.

Skrin ini juga didakwa mampu menghasilkan kecerahan 10 kali ganda lebih tinggi memberikan pengalaman yang lebih realistik. Mengikut The Verge, saiz skrin yang ditawarkan oleh Samsung ini tidak cukup besar jika dibandingkan dengan skrin standard yang berada di pawagam ketika ini dengan saiz berukuran 45 ke 65-kaki lebar manakala teater IMAX pula mempunyai skrin lebar 72-kaki. Harga pula masih belum diumumkan.

Sumber