Samsung Gear S3 Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1399

Samsung telah pun melancarkan jam pintar Gear S3 mereka di pasaran Malaysia semalam. Jam Pintar Samsung Gear S3 ini dilancarkan secara umum di Berlin, German pada 1 September yang lepas. Jam pintar dari Samsung ini bakal dijual bermula pada minggu hadapan di kedai dan pengedar Samsung yang berhampiran. Jam ini berharga RM 1,399.

Ianya memiliki paparan skrin Fullcolor AOD berukuran 1.3 inci(360x360) yang dibina dengan Corning Gorilla Glass SR+. Ukuran luar pula adalah 46 x 49 x 12.9T tanpa pergelangan tangan. Berat pula adalah 63 gram untuk model Frontier dan 59 gram untuk model Classic. Jam pintar ini juga memiliki ciri 'always on display' sehingga bateri habis. Selain daripada itu, Samsung Gear S3 juga menawarkan sokongan cas tanpa wayar.

Jam ini hadir dengan dua variasi iaitu Classic dan Frontier. Kedua-duanya mempunyai fungsi sambungan Wi-Fi tetapi hanya model Frontier boleh didapati dalam konfigurasi Wifi dan Wifi+LTE. Perbezaan ketara Gear S3 Classic dan Frontier adalah pada butang operasinya. Gear S3 Classic mempunyai butang berbentuk bulat manakala Frontier, butangnya sedikit petak. Selain itu, warna perak dengan tali kulit dikhaskan untuk Classic manakala hitam dan getah pula untuk Frontier.

 

 

201611280919327986

Samsung Gear S3 model Frontier dan Classic


201611280919338764
201611280919333255201611280919336686

Jam tangan ini menggunakan sistem operasi Tizen Wearable OS 2.3.2. Badan jam ini dibina daripada keluli tahan karat dan mempunyai kalis air dan debu pada IP68. Walaupun memiliki skrin yang sentiasa terpasang, ia mempunyai jangka hayat bateri selama empat hari. Kapasiti bateri adalah 380 mAh. Dari segi spesifikasi dalaman pula, ianya dibina dengan Exynos 7270, Dual 1.0GHz, 768MB RAM dan storan sebanyak 4GB.

Jadi yang mana satu menjadi pilihan anda? Gear S3 Frontier mempunyai ciri ketahanan dan lebih lasak. Sesuai untuk digunakan semasa aktiviti lasak. Manakala Gear S3 Classic pula lebih menumpukan kepada pengguna yang mementingkan gaya dan keunggulan. Antara pesaing-pesaing utama Gear S3 di pasaran Malaysia adalah seperti Huawei Watch dan Apple Watch. Kami sendiri tidak pasti tentang perbandingan prestasi ketiga-tiga jam pintar ini, namun jika dilihat dari segi harga, mereka adalah jam pintar yang berada di paras yang sama. Jika anda mahukan jam pintar yang lebih murah, mungkin anda perlu memilih ASUS Zenwatch atau Motorola Moto 360.

Terpulang kepada anda.