Selain itu, Samsung Electronic turut mengesahkan peranti andalan ini mempunyai bahagian yang dikhususkan untuk stylus S Pen, dimana pada ketika ini S Pen hanya dimuatkan pada siri Galaxy Note.
Dengan teknologi S Pen bakal hadir pada Galazy Z Fold 3 dan Galaxy S21 Ultra, pengeluaran siri Galaxy Note dijangka bakal dihentikan.
Dalam pada itu, Samsung turut merancang untuk menggunakan teknologi kamera bawah paparan pada Galaxy Z Fold 3. Syarikat itu juga dijangka akan menggunakan teknologi yang membolehkan cahaya melepasi skrin OLED bagi memberikan hasil imej kamera bawah paparan yang lebih baik.
Bagaimanapun, teknologi kamera bawah paparan mempunyai kesukaran teknikal yang boleh merosakkan kualiti skrin dan gambar. Jika hasil akhir mempengaruhi pengalaman pengguna, teknologi ini mungkin dikecualikan dari pengeluaran besar-besaran Galaxy Z Fold 3.
Sumber: Aju News
Berkaitan
- TSMC Dedahkan Cip Proses 3nm Tingkatkan 15% Ketumpatan Transistor
- OnePlus Buds Turut Diumumkan, Ditawarkan Pada Harga RM399
- Acer ConceptD 7 Ezel Dengan Separuh Mini Desktop & Tablet
- Samsung Galaxy F41 Mungkin Akan Diperkenal Di Bawah Siri Baru Galaxy F
- Mahu Menang OPPO Reno4 Dan Enco W31? Boleh Ikuti Langkah Ini
- Huawei Sahkan Penjualan Honor Kepada Zhixin New Information Technology
- Zoom Akan Tawarkan Panggilan Video Lebih Selamat Kepada Semua Pengguna Bermula Julai
- Apple Diarah Membayar Royalti Kepada VirnetX Sebanyak $503 Juta
- Samsung Mungkin Hadir Dengan Pengecasan Pantas 65W Tidak Lama Lagi
- Samsung Perkenal Galaxy A54 Dan A34 Dengan Ketahanan Bateri Lebih Dua Hari