Samsung Galaxy Z Fold 2 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia, Berharga RM 7,999

Pada awal bulan yang lalu, Samsung Galaxy Z Fold 2 secara rasminya telah dilancarkan. Kini, peranti pintar premium tersebut secara rasminya dilancarkan buat pasaran di Malaysia.



Untuk imbas kembali, peranti ini dilengkapi dengan paparan seluas 7.7 inci Dynamic AMOLED dengan nisbah 22.5:18 serta kadar segar semula 120Hz. Bagi skrin luaran pula ia hadir dengan saiz 6.2 inci Super AMOLED serta paparan berlubang Infinity-O.

Galaxy Z Fold 2 dijanakan cip pemproses Snapdragon 865+ serta RAM sebesar 12GB LPDDR5 dan ia juga menyokong rangkaian 5G.



Galaxy Z Fold 2 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Mystic Black dan Mystic Bronze serta hanya mempunyai satu varian memori, 12GB RAM dan 256GB storan.

Peranti ini dijual dengan harga RM 7,999 pada 25 September dan anda boleh membuat pra-tempah mulai 11 September hingga 24 September 2020. Selain itu, pelanggan yang membuat pra-tempah akan menerima Samsung Galaxy Buds Live dan Montblanc Card Holder secara percuma.