Penawaran Samsung Galaxy Z Flip di Malaysia dimulakan dengan pra-tempahan yang diadakan hanya pada 17 Mac lalu, namun ia seterusnya dilanjutkan lagi sehingga 22 Mac 2020.

Mungkin anda tidak sempat untuk memilikinya tiga bulan yang lalu, jualannya kini telah dibuka dan boleh didapati menerusi Samsung Experience Store serta pengedar sah Samsung yang lain.

Imbas kembali spesifikasi, Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan cip Snapdragon 855+, RAM 8GB, storan 256GB serta paparan AMOLED boleh lipat bersaiz 6.7 inci dengan resolusi FHD+.

Peranti ini diperlengkapkan lagi dengan keupayaan rakaman dari tiga kamera iaitu 10MP rakaman hadapan serta dua kamera 12MP menghadap belakang. Untuk janaan kuasa, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3300mAh.

IKLAN

Beli Samsung Galaxy Z Flip – Lazada