Samsung Galaxy Watch Dan Buds Kini Lebih Murah

Beberapa hari lepas, realme mengumumkan harga baharu bagi siri C15 dan C21. Kini, Samsung tidak ketinggalan untuk mengemaskini harga bagi barisan Galaxy Watch serta Buds dan ia lebih murah kerana menerima potongan sehingga RM500.



Berikut adalah harga baharu bagi barisan Galaxy Watch:

  • Watch Active2 44mm Stainless Steel (Bluetooth) - RM1099 RM1399

  • Watch Active2 40mm Stainless Steel (Bluetooth) - RM999 RM1299

  • Watch Active2 44mm Aluminium (LTE) - RM1299 RM1499

  • Watch Active2 40mm Aluminium (LTE) - RM1199 RM1399

  • Watch Active2 44mm Aluminum (Bluetooth) - RM899 RM1099

  • Watch Active2 40mm Aluminium (Bluetooth) - RM799 RM999

  • Watch3 45mm Titanium (Bluetooth) - RM2299 RM2499

  • Watch3 45mm Stainless Steel (LTE) - RM1699 RM2199

  • Watch3 41mm Stainless Steel (LTE) - RM1599 RM2099

  • Watch3 45mm Stainless Steel (Bluetooth) - RM1299 RM1799

  • Watch3 41mm Stainless Steel (Bluetooth) - RM1199 RM1699


Selain itu, jika anda berminat untuk memiliki fon telinga tanpa wayar Samsung, Galaxy Buds Live kini dijual dengan harga RM549 (RM699). Manakala Buds+ pula berharga RM449 (RM599).

Menariknya, harga baharu tersebut sudah tersedia bermula hari ini dan ia hanya boleh dibeli melalui kedai rasmi Samsung dan rakan pengedar yang sah.

Sumber: Samsung via Lowyat