Samsung Galaxy Watch Active2 Boleh Dibeli Pada Harga Bermula Dari RM1099

Setelah diperkenalkan secara rasmi pada awal Ogos yang lalu, jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Active 2 kini mula menembusi pasaran tempatan.

Membawakan rekaan hampir sama seperti model pertama, siri seterusnya ini ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 40mm dan 44m yang masing-masing membawakan paparan 1.2 inci serta 1.4 inci. Bagi fungsi navigasi, pengguna boleh mengawalnya pada bingkai disekeliling peranti yang dilengkapi dengan jalur sentuhan sensitif.



Spesifikasi Samsung Galaxy Watch Active 2

44mm

  • AMOLED 1.4 inci

  • Exynos 9110

  • Bateri 340mAh

  • Bluetooth 5.0, 4G LTE, WiFi, GPS

  • 5 ATM + IP 68

  • Storan 4GB

  • RAM 768MB, 1.5GB

  • Tizen 4 dengan One UI 1.5


40mm

  • AMOLED 1.2 inci

  • Exynos 9110

  • Bateri 247mAh

  • Bluetooth 5.0, 4G LTE, WiFi, GPS

  • 5 ATM + IP 68

  • RAM 768MB, 1.5GB

  • Tizen 4 dengan OneUI 1.5


Pengguna juga boleh memilih jenis binaan antara keluli tahan karat atau aluminium yang ringan dan kedua-dua saiz menawarkan sambungan Bluetooth 5.1 serta LTE.

Maksimumkan ruang skrin anda dengan pandangan pada badan jam yang telah dilengkapi dengan alat kawalan pantas apabila ia ditekan, Galaxy Watch Active2 mempunyai paparan yang diperbesarkan dengan skrin hitam tulen.



Harga jualan rasmi Galaxy Watch Active 2 adalah seperti berikut;

  • Keluli tahan karat

    • 44mm - RM1399

    • 40mm - RM1299



  • Under Armour

    • 44mm - RM1199

    • 40mm - RM 1099



  • Aluminium

    • 44mm - RM1099






Galaxy Watch Active2 ini boleh mula didapatkan di mana-mana Samsung Experience Store dan kedai jualan yang sah di seluruh negara.