Samsung Galaxy Tab S7 Dan S7+ Dipasarkan Bermula Harga RM3,299, Jualan Mulai 28 Ogos 2020

Dilancarkan pada awal Ogos, Samsung Malaysia telah membawa masuk tablet Android terkini Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ untuk pasaran tempatan.



Galaxy Tab S7 dipasarkan pada harga RM3,299, manakala Galaxy Tab S7+ pula pada harga RM4,599. Kedua-dua tablet ini boleh dibeli mulai 28 Ogos 2020 ini.

Untuk setiap pembelian siri tablet Galaxy Tab S7, ia akan hadir dengan hadiah percuma sarung dengan papan kekunci, Microsoft Office selama 1 tahun, kad microSD 128GB, akses Clip Studio Paint selama 6 bulan, langganan percuma YouTube Premium 4 bulan dan juga pas sehari Colony.



Namun untuk microSD 128GB tersebut, ia hanya tersedia untuk 1,000 pembeli terawal sahaja.

Galaxy Tab S7 merupakan sebuah tablet dengan 11 inci paparan, sementara Galaxy Tab S7+ pula dengan 12.4 inci. Siri tablet ini dijana oleh cip Snapdragon 865+, dilengkapi S-Pen, dan menariknya hadir dengan kadar segar semula 120Hz.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Samsung Malaysia di pautan ini.

Berkaitan