Samsung Galaxy Tab S6 Adalah Tablet Pertama Yang Diperakui Dengan Paparan HDR10+

Reading Time: 2 minutes

Juga dilengkapi aksesori S Pen dengan fungsi alat kawalan jauh serta pengecasan tanpa wayar. 

Pada Awal Ogos lalu, Samsung Electronics Malaysia telah pun melancarkan tablet terbaharunya  Galaxy Tab S6. Galaxy Tab S6 membolehkan pengguna untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka.

Bagi meningkatkan kreativiti dan produktiviti penggunya, Galaxy Tab S6 kini dilengkapi dengan aksesori Samsung S Pen yang kini turut berfungsi sebagai alat kawalan jauh serta menyokong teknologi  pengecasan tanpa wayar.

Selain turut dilengkapi dengan teknologi terbaharu seperti kamera berkembar dan pengimbas cap jari di atas skrin, Galaxy Tb S6 juga adalah tablet pertama yang diperakui dengan paparan HDR10+.

Menurut Samsung, mereka berjaya memperolehi kelulusan HDR10+ itu setelah melakukan ujian ketat pada paparan tablet tersebut.

An HDR10+ certification makes for a truly immersive viewing experience, and combined with the Galaxy Tab S6’s Super AMOLED display, plus AKG and Dolby Atmos® sound, users are able to live and breathe the action when enjoying their favorite media, viewing their creative portfolio or catching up on their favorite television shows” Samsung

Tablet terbaru Samsung ini ditampilkan dengan warna-warna Mountain Gray, Cloud Blue serta Rose Blush.

Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy Tab S6:-

SpecsTab S6
Display10.5” WQXGA, Super AMOLED
ColorMountain Gray, Cloud Blue, Rose Blush
Dimension, Weight244.5 x 159.5 × 5.7mm, 420g
Camera8MP (Front), 13MP + 5MP (Rear)
Memory + Storage6GB + 128GB or 8GB +256GB , MicroSD (Up to 1TB)
AP7nm 64-bit Octa-core processor (Max. 2.8 GHz + 2.4 GHz + 1.7 GHz)
BatteryTablet7,040mAh5
S Pen0.35mAh
ConnectivityWi-Fi 802.11 a/ b/ g/ n/ ac 2.4G + 5 GHz, MIMO,

Wi-Fi Direct, Bluetooth® 5.0

GPSGPS + GLONASS, Beidou, Galileo
SensorsOptical Fingerprint Sensor, Accelerometer,

Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, RGB Light Sensor

MIC2 MICs
VideoRecording: UHD 4K (3840 x 2160) @ 30fps
Playback: UHD 8K (7680 x 4320) @ 30fps
Audio4 speakers sound by AKG, Dolby Atmos®
AccessoriesBook Cover Keyboard, Book Cover, POGO Charging Dock, S Pen

Untuk info lebih lanjut tablet Samsung terbaru ini, sila layari laman muka Samsung Galaxy Tab S6.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *