Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy tab a7

Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 – Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662

Diterbitkan Oktober 2, 2020 · Dikemas kini Oktober 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Samsung Malaysia hari ini telah mula menawarkan sebuah tablet mampu milik Galaxy Tab A7 untuk pasaran tempatan berharga RM999.

Tablet ini mempunyai saiz skrin berukuran 10.4 inci dari panel TFT dan beresolusi 2000 x 1200 pixel.

Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 – Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662

Ia dijana oleh cip Snapdragon 662 dan mempunyai 3GB RAM dan storan dalaman 32GB dengan sokongan microSD sehingga 1TB.

Untuk kamera, bahagian belakang menawarkan 8MP lensa tunggal dengan kemampuan merekod FHD 30fps manakala swafoto pula pada 5MP.

Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 – Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662

Galaxy Tab A7 dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 7,040mAh sementara turut hadir dengan bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 5.0.

Antara yang menarik dengan tablet ini adalah ia hadir dengan 4 pembesar suara dengan optimasi Dolby Atmos.

Warna yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah Silver dan Dark Gray.

Untuk yang berminat, tablet Samsung Galaxy Tab A7 ini sudah boleh mula dibeli bermula hari ini di laman rasmi Samsung Malaysia dan pengedar rasmi Samsung

Sumber: Samsung

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY