Samsung Galaxy S9+ Dikatakan Kelihatan Di Dalam Penyenaraian GeekBench

Beberapa hari yang lepas kita sudah mengetahui bahawa Samsung sudah mengesahkan kedatangan cip pemprosesan Exynos 9810 ke dalam pasaran 2018. Mengiringi berita tersebut adalah khabar angin mengenai peranti yang bakal dilengkapi dengan cip tersebut iaitu, siri Galaxy S9.



Dikatakan satu model baru dengan kod SM-G965F telah berada dalam senarai GeekBench dan ramai mempercayai ia adalah Galaxy S9 Plus.



Melihat kepada informasi yang tersenarai itu, peranti tersebut dikuasakan oleh Universal9810 yang mana ia mungkin merujuk kepada Exynos 9810. Selain daripada itu, turut kelihatan RAM 4GB digandingkan bersama sistem operasi Android 8.0 Oreo.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesangsian dengan informasi yang dipaparkan ini seperti contoh pada bahagian Base Frequency dicatatkan pada 1.5GHz, markah Single-Core 1191, dan markah Multi-Core Score 3835, yang mana ia hanyalah bersamaan dengan tahap Snapdragon 810.

Penyenaraian GeekBench ini mungkin telah ditipu oleh pengguna menggunakan telefon pintar yang diubah suai.

Sumber: Techno Codex