Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Sudah Tersenarai Dalam Pangkalan Data SIRIM

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran dua model yang menjadi perbualan hangat ketika ini, Galaxy S9 dan S9+.

Terbaru, satu perkhabaran baik bagi peminat tempatan, dimana kedua-dua peranti dilapor sudah mendapat pelepasan dari SIRIM walaupun belum dilancarkan secara global.

Ini sedikit sebanyak memberi bayangan pasaran Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk menantikan kemunculan siri "S" tersebut.



Bagi model kelas atasan kali ini, Samsung dilihat membawakan tetapan kamera yang lebih baik berdasarkan 4 video acah yang dipertontonkan seminggu yang lepas.

Baca juga - Spesifikasi Penuh Galaxy S9 Dan S9+ Tertiris

Sumber: Lowyat.net