Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s21 ultra

Samsung Galaxy S21 Ultra Akan Hadir Dengan Kamera Utama 108MP Yang Dipertingkat

Diterbitkan November 9, 2020 oleh Amsyar Latif

Barisan siri Samsung Galaxy S21 dijangka akan dilancarkan pada Januari 2021 dan seperti Galaxy S20, ia akan hadir dengan 3 model juga – S21, S21+ dan S20 Ultra.

Baru-baru ini, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa Galaxy S21 Ultra akan hadir dengan versi kamera utama 108MP yang lebih baik berbanding S20 Ultra.

Galaxy S21 Ultra is a small improved version of S20 Ultra. Using HM3 sensor, single pixel is still 0.8um, 108MP, laser focus, no ToF.

— I'm back! (@UniverseIce) November 6, 2020

Pada masa yang sama, input cahaya dapat ditingkatkan sebanyak 12% berdasarkan sensor ISOCELL HM3 yang baharu dimana gambar waktu malam akan lebih cantik serta mengekalkan perincian gambar.

galaxy S21

Galaxy S21 Ultra juga akan membatalkan lensa ToF dan beralih ke sensos fokus laser. Ini bermakna, peranti ini akan memfokuskan lebih terhadap fotografi.

Selain itu, ia akan hadir dengan cip Snapdragon 875 dan juga Samsung Exynos 2100. Kemungkinan Galaxy S21 Ultra juga akan menyokong S Pen seperti pada siri Note tetapi dijual berasingan.

Kesemua peranti ini dilaporkan akan dilancar pada 14 Januari 2021 dan spesifikasi penuh serta harga akan diumumkan semasa pelancaran kelak.

Sumber: gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY