Samsung Galaxy S20 FE Dijual Di Malaysia Berharga RM3399, Pra Tempahan Bermula 24 September

Samsung baru sahaja melancarkan Galaxy S20 FE sebagai ahli baru dalam barisan siri S20. Kini, Samsung Malaysia mengesahkan peranti ini akan tersedia untuk pra tempahan bermula esok, 24 September 2020. Ia ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM3,399.

Dengan membuat pra tempahan, pembeli Galaxy S20 FE akan menerima barangan percuma bernilai RM586 termasuk UV Sterilizer dan lain-lain.

harga Galaxy S20 FE

Antara yang dimuatkan pada Galaxy S20 FE adalah cip Snapdragon 865 dengan 8GB RAM dan 256GB storan, panel 120Hz, rangkaian 5G serta penarafan IP68. Ia turut ditawarkan dengan 6 pilihan warna.



Bagi anda yang ingin membuat pra tempahan, Galaxy S20 FE akan tersedia bermula 24 September, 10 pagi hingga 8 Oktober 2020. Pra tempahan peranti ini boleh dilakukan melalui kedai Samsung Experience Store, pengedar sah Samsung atau menerusi laman rasmi Samsung.