Samsung Galaxy S10+ vs Apple iPhone XS Max vs Huawei Mate 20 Pro - Pertempuran Kamera Jagoan Tiga Negara

Pelancaran Galaxy S10+ bersama dua lagi model dalam siri Galaxy S10 keluaran Samsung baru-baru ini melengkapkan senarai peranti premium dengan cip pemprosesan terbaru dari tiga jenama utama dunia hari ini.

Samsung Galaxy S10+ dari Korea Selatan hadir dengan Exynos 9820, Apple iPhone XS Max dari Amerika menggunakan cip A12 Bionic manakala Huawei Mate 20 Pro dari China pula dikuasakan oleh cip HiSilicon Kirin 980.

Namun, pada kali ini keupayaan cip pemprosesan bukanlah menjadi faktor tumpuan kami sebaliknya kualiti yang dimiliki oleh kamera ketiga-tiga model ini.

Pada perbandingan ini, kami akan tampilkan foto-foto yang kami tangkap dalam pelbagai keadaan dan subjek menerusi peranti-peranti berkenaan untuk dinilai sendiri oleh anda.

Sebelum itu, berikut adalah spesifikasi kamera bagi Samsung Galaxy S10+, iPhone XS Max serta Huawei Mate 20 Pro.

Samsung Galaxy S10+



  • Kamera utama - 12MP sudut luas + 12MP telefoto + 16MP sudut ultra-luas

  • Kamera swafoto - 10MP sudut luas + 8MP depth sensor


Huawei Mate 20 Pro



  • Kamera utama - 40MP sudut luas + 8MP telefoto + 20MP sudut ultra-luas

  • Kamera swafoto - 24MP sudut luas


Apple iPhone XS Max



  • Kamera utama - 12MP sudut luas + 12MP telefoto

  • Kamera swafoto - 7MP


Okay, jom kita lihat sendiri kualiti yang ada pada ketiga-tiga peranti di atas. Oh ya, jangan lupa untuk mengundi peranti mana yang anda rasakan miliki kualiti gambar yang terbaik di penghujung artikel.

Pusingan 1



Pusingan 2



Pusingan 3



Pusingan 4



Pusingan 5 



Pusingan 6 



Pusingan 7



Pusingan 8



[yop_poll id="3"]