Samsung Galaxy S10 Didakwa Boleh Menjadi Dek Pengecasan Tanpa Wayar

Selepas Huawei Mate 20 Pro muncul sebagai peranti pertama yang boleh bertindak sebagai dek pengecasan tanpa wayar buat peranti lain, kini wujud pula dakwaan bahawa siri Samsung Galaxy S10 juga akan menyokong fungsi yang sama kelak.

Malah, fungsi itu juga dikatakan akan hadir pada semua model dalam siri tersebut termasuklah Galaxy S10 Lite(bukan nama rasmi). Fungsi berkenaan dilaporkan akan dikenali sebagai "Powershare".

Kapsyen: 91Mobiles


Berita ini juga memungkin kehadiran bateri berkapasiti lebih besar bagi model-model Galaxy S10 itu nanti bagi membolehkan perkongsian kuasa yang lebih banyak dilakukan. Untuk rekod, Huawei Mate 20 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh.

Bagaimanapun, perkara ini masih diperingkat ura-ura dan tiada sebarang kenyataan rasmi dari Samsung berjaya diperolehi setakat ini.

 

Sumber: Sammobile