Samsung Galaxy S10 5G 'Tebakar' Di Korea Selatan

Samsung melonjakkan nama mereka dimata dunia dengan menambah satu lagi variasi dalam siri S10 mereka iaitu Samsung Galaxy S10 5G pada April tahun ini.

Pada mulanya, model ini dikhabarkan telah menjalani beberapa ujian utama untuk memastikan  ia dioptimumkan dan mempunyai tahap kestabilan sistem perkakasan yang tinggi dan selamat.

Namun baru-baru ini, model itu menjadi isu di Korea Selatan apabila seorang pengguna dari negara itu telah memuat naik gambar peranti itu yang seakan-akan terbakar dibahagian hadapan dan belakang.



Menurut sumber, peranti itu tidak digunakan untuk melakukan apa-apa aktiviti, ia cuma diletakkan di atas meja dan menjadi panas secara tiba-tiba lalu peranti itu mula mengeluarkan asap.



Sebelum ini model Samsung Note 7 mereka telah menjadi isu hangat tentang kerosakan pada bateri dan telah diselesaikan dengan memanggil semula model-model tersebut daripada pelanggan.

Kemudian, tiada apa-apa masalah kepada model-model flagship yang dilancarkan selepas itu.

Samsung membalas isu ini dengan menyatakan mereka percaya ia berlaku akibat dari kerosakan luar dan bukan dari dalam peranti itu sendiri.

Buat masa sekarang, hanya satu sahaja kejadian yang terjadi dan jika model ini benar-benar bermasalah, sudah pasti kita melihat lebih banyak adua yang dibuat pengguna.

Sumber: Sam Mobile