Samsung Galaxy Note 9, Peranti Android Pertama Menerima Permainan Fortnite Versi Mobile

Dalam acara Unpacked Samsung malam ini, mereka juga mengumumkan kerjasama bersama Epic Game dalam membawakan permainan Battle Royal terkenal, iaitu Fortnite. Seperti yang anda tahu Fortnite versi mobile hanya dapat dimainkan di platform iOS sahaja sebelum ini.



Kerjasama diantara Epic Game dan Samsung diumumkan oleh CEO Epic Game sendiri, Tim Sweeney dalam acara UNPACKED Note 9. Tim Sweeney memberitahu Fornite beta sudah hadir ke Galaxy Note 9 sejurus kerjasama ini diumumkan.



Beliau turut memaklumkan Fornite juga bakal hadir ke peranti Android lain dalam masa terdekat.

Pandangan Wiser.my: Fon Android lain pun akan dapat Fortnite mungkin minggu depan, jadi tak ada lah eksklusif mana pun kerjasama Samsung dengan Epic Game. LOL