Samsung Galaxy Note 9 Mula Terima Kemaskini Android 9 Pie

Apabila Google mengeluarkan kemaskini sistem Android baharu, ia pastinya memberi keterujaan kepada para pengguna. Hari ini, banyak pengeluar sudah mula menawarkan sistem Android 9 terbaharu kepada peranti-peranti mereka.

Namun seperti biasa, Samsung menjadi antara pengeluar yang paling lewat menyediakan kemaskini ini. Mereka terpaksa menangguhkan penawaran Android 9 ini bagi memberi lebih tempoh untuk sistem One UI baru mereka dibangunkan dengan sempurna.

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, sebahagian pengguna bertuah di beberapa pasaran di dunia telah mula menerima Android 9 Pie berserta One UI pada peranti Samsung Galaxy S9 mereka.

Kapsyen: BGR


Antaranya ialah Jerman. Terbaru, para pengguna Galaxy Note 9 di negara tersebut juga dilaporkan telah menerima kemaskini Android Pie. Kemaskini N960FXXU2CRLT itu juga hadir bersama patch keselamatan bagi bulan Januari.

Berita ini pasti membuatkan pemilik Galaxy Note 9 di pasaran lain teruja. Bagi pengguna di Malaysia, anda boleh mengharapkan penawaran Android 9 ini tersedia buat anda dalam masa beberapa minggu mendatang.

 

Sumber: SamMobile