Samsung Galaxy Note 9 Dijangka Pelancarannya Pada Ogos Depan

Samsung pernah dikatakan mahu menghentikan siri Note setelah isu besar yang melanda model Note 7 awal 2017 lalu.

Namun ia hanyalah sekadar khabar angin yang berlalu sepi dimana kehadiran Note 8 menidakkan perkara tersebut.

Tidak terhenti disitu, baru-baru ini dikhabarkan mahu menambah satu lagi model kedalam siri tersebut, tidak lain tidak bukan Samsung Galaxy Note 9.



Pengesahan tentang kewujudan peranti itu mendapat perhatian ramai pihak beberapa hari lalu dimana tanda dagangnya sudah didaftarkan di Colombia. Difahamkan, sudah menjadi kebiasaan bagi Samsung mendaftarkan peranti utama mereka di negara itu terlebih dahulu seperti contoh Galaxy Note 8 dan juga Galaxy S9.

Hanya mengesahkan nama Samsung Galaxy Note 9, tiada sebarang perincian peranti berkenaan dikongsikan. Walaubagaimanapun, ura-ura ada menyebut yang mana ia akan membawakan Infinity Display bersama-sama resolusi QHD+.

Selain itu, ia akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 845 untuk Amerika Syarikat dan Exynos 9810 untuk lain-lain pasaran disertai dengan RAM 6GB, dan pilihan storan bermula dari 64GB sehinggalah kepada 256GB.

Memperkuatkan lagi model ini adalah dwi kamera 12MP dan bateri berkapasiti 3300mAh. Walau apapun, spesifikasi yang dicatit ini sekadar cakap-cakap dan sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari syarikat pengeluar.

Samsung Note 9 dijangka akan diumumkan pada suku ketiga 2018 iaitu sekitar bulan Ogos hadapan.

Sumber: GizmoChina