Samsung Galaxy Note 8 Dilaporkan Keluar Pada Akhir Ogos

Samsung selalu melancarkan siri Note mereka pada akhir Ogos di IFA (International Radio Exhibition), Berlin setiap tahun.

Dengan apa yang telah terjadi pada Note 7 tahun lepas, Samsung dilihat cuba memperbaiki reputasi siri Note mereka dengan Samsung Galaxy Note 8.

Langkah mereka untuk memperbaiki reputasi itu termasuklah memperkenalkan ujian bateri 8 peringkat bagi memastikan keselamatan bateri yang digunakan dalam peranti mereka.

Apa yang membuatkan siri Note mereka sangat penting untuk syarikat ini adalah kerana peranti Note mereka akan keluar lebih awal sebelum Apple mengumumkan peranti terbaru mereka pada bulan September.

Dengan Apple bakal mengeluarkan iPhone mereka sempena ulang tahun iPhone yang ke-10, maka beratlah tugas Samsung untuk mengukuhkan pegangan mereka dalam pasaran peranti telefon pintar.

Sebahagian khabar angin mengenai Note 8:

  • paparan 6.3 inci dengan panel bezel-less

  • 18.5 hingga 9 panjang ke lebar nisbah skrin

  • kamera dual di belakang dengan 13-Mp dan 12-Mp


Sumber