Samsung Galaxy Note 8 Bakal Mempertaruhkan 8 Ciri Menarik Dalam Sistem Kamera Mereka

Note 8 sememangnya dinanti ramai setelah model Galaxy S8 dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik di pasaran setakat ini. Pelbagai khabar angin dari segi reka bentuk, sistem dalaman dan apa jua berkaitan dengannya diperkatakan orang ramai.

Menjelang pelancarannya yang dikatakan bakal berlangsung 3 minggu lagi, kini telah tertiris satu lagi informasi mengenai peranti perdana (flagship) dari Samsung.

Informasi yang dimuat naik di laman Samsung Electronic Mechanics itu diyakini memaparkan keupayaan sebenar kamera Galaxy Note 8.

Ciri-ciri itu ialah...





 













Tidak dapat dipastikan sama ada ciri optical zoom itu menyamai OnePlus 5 ataupun tidak. Hal ini kerana, pada awal pengumuman, One Plus 5 menyatakan mereka dilengkapi dengan ciri 2x zoom tetapi hakikatnya sistem kamera mereka hanya 1.6x zoom sahaja. Baki 0.4x zoom pembesaran dibentuk secara digital melalui teknologi yang dipanggil "Smartcapture Multiframe".

Selain daripada itu, kelihatan Samsung Galaxy Note 8 dipertingkatkan dari segi fotografi pada pencahayaan rendah. Ciri Super Night Shot juga melengkapkan kamera dwi lensa yang menghasilkan foto yang lebih jelas pada waktu gelap/malam.

Untuk maklumat lebih lanjut dan tepat, sama-sama kita nantikan perasmiannya yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos nanti.

Sumber: Samsung Electro-Mechanics