Samsung Galaxy Note 7 Yang Di Ganti Dilaporkan Terlalu Panas





Umum sudah mengetahui masalah yang dialami oleh Samsung mengenai penarikan balik model Note 7 berpunca daripada bateri yang meletup. Kini timbul pula masalah baru yang dikaitkan dengan set gantian Note 7 itu.



Memetik laporan dari The Wall Street Journal, terdapat beberapa aduan pengguna mengatakan telefon pintar gantian yang mereka terima beberapa minggu yang lalu terlalu panas ketika dicas dan jangka hayat bateri yang terlalu pendek. Samsung bagaimanapun belum mengesahkan lagi jumlah aduan yang diterima syarikat itu. Syarikat itu juga memberitahu isu itu "tidak berkaitan sepenuhnya dengan bateri", dan tambah mereka lagi ia merupakan kes-kes terpencil. Mereka juga sedang melakukan siasatan yang lebih terperinci.



Ahad yang lalu, Samsung mengumumkan akan menangguh sementara penjualan model Note 7 sehingga 1 Oktober bagi memberi ruang kepada proses penarikan balik set telefon pintar yang bermasalah itu. Nampaknya Samsung perlu bekerja lebih keras lagi untuk memastikan telefon pintar keluaran mereka selamat digunakan pengguna.



Sumber: The Next Web