Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Tetapan Kuad-Kamera Utama

Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy S10 mereka beberapa hari lepas di mana dua daripada tiga modelnya hadir dengan tetapan tiga kamera utama.

Belum pun sempat siri berkenaan tiba ke Malaysia, kini timbul pula ura-ura mengenai satu lagi model dibawah siri premium Samsung, Note 10.

Peranti berkenaan didakwa akan hadir dengan tetapan empat kamera utama, sama seperti model Samsung Galaxy S10+ 5G.

Kapsyen: CNET


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada ia bakal ditawarkan pada semua model Note 10 atau hanya pada model 5G-nya sahaja nanti.

Namun, memandangkan Samsung dijangka hanya akan memperkenalkan Galaxy Note 10 seawal-awalnya pada suku ketiga tahun ini, perkara ini boleh dianggap masih diperingkat ura-ura sahaja.

Untuk rekod, Samsung sudah memiliki dua model dengan tetapan 4 kamera utama sebelum ini iaitu Galaxy A9 2019 serta Galaxy S10+ 5G.

 

Sumber: SamMobile