Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Hadir Dengan 2 Saiz, 4 Variasi Berbeza

Posted on April 9, 2019

Walaupun Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy S10-nya tidak sampai dua bulan lepas, berita mengenai satu lagi siri perdana mereka, Galaxy Note 10 sudahpun mula bertebaran di arena internet.

Terbaru, Samsung didakwa bakal melancarkan Galaxy Note 10 dengan dua saiz berbeza iaitu 6.28-inci serta 6.75-inci.

Gambar Hiasan, Note 9/BGR

Kedua-duanya bakal hadir dengan model LTE dan 5G, sekaligus menjadikan Galaxy Note 10 ini mempunyai empat(4) variasi yang berlainan.

Tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi peranti ini telah didedahkan namun ia hampir pasti akan dikuasakan dengan cip pemprosesan terkini Snapdragon 855 atau Exynos 9820.

Jika menurut siri Galaxy Note sebelum ini, Samsung berkemungkinan besar akan memperkenalkan siri ini sekitar bulan Ogos nanti.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress